09 December 2011

LEGOLAND MALAYSIA AKAN DIBUKA 2012

Assalamualaikum

Entry aku yang sebelum aku menceritakan pasal
JOHOR PREMIUM OUTLET..so sekarang ni aku nak share something yang best akan berlaku kat Johor pada tahun depan..mungkin ramai yang dah tahu Legoland akan menjadi taman tema terbesar di Malaysia yang akan dibangunkan di Nusajaya Johor..

Finally the word is out..Legoland Malaysia telah pun mengumumkan ia akan dibuka untuk orang ramai dpada penghujung tahun 2012 dengan mensasarkan sejuta pengujung pada tahun pertama ia dibuka..untuk pengetahuan semua taman tema ini adalah yang pertama di Asia dan yang ke-6 didunia selepas Amerika, Denmark, England dan German..

Selain itu penjualan pas tahunan pra-pembukaan juga sudah mula dibuka dan ianya akan mula dijual untuk satu tempoh terhad pada harga RM195 untuk dewasa dan RM140-RM110 untuk kanak-kanak dimana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak...

Pembinaan Legoland Malaysia ini dijangka akan memberikan impak yang bes
ar kepada negara terutama untuk Johorian..i wish Johor be the best state in Malaysia for years to come..



p/s : dengar-dengar lepas Legoland ni akan ada Pinewood Studio plak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...