15 May 2011

REVIEW : FAST And FURIOUS 5

Hye guys..aku rase dah lama aku tak buat review filem kan..disebabkan semalam aku baru ada kesempatan tengok filem yang memang aku tunggu-tunggu selain Jack Sparrow dan Transfomers 3..ok aku memang loser sebab lambat tengok cite ni..haha..nak wat macam mana kan..tanggungjawab kepada negara harus diutamakan..*muntah..

Well..i watched the movie already and i can say is..AWESOME!!!!!!!..kalau korang nak aku rate filem ni aku bagi 10/10..setakat ni aku rasa Fast 5 adalah filem yang terbaik antara fast and furious yang sebelum-sebelum ni dan yang terbaik setakat 2011 ni..perfect..dengan segala aksi yang ada serta all star dari filem fast and furious sebelum ni dan unsur-unsur komedi yang buat korang tergelak-gelak..dengan ending yang unexpected..perfect..the best action movie of 2011..

SINOPSIS

Fast Five merupakan siri kelima dari siri filem Fast and Furious. Filem bermula dengan Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya melarikan diri dari penjara dengan bantuan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster) dan Brian O’Connor (Paul Walker) lantas membentuk satu trio yang dikehendaki oleh FBI..Mereka melarikan diri ke Rio, Brazil dan mula menjalankan kegiatan biasa mereka iaitu merompak kereta mewah. Namun, apa yang terjadi ialah mereka telah tersilap merompak kereta yang sepatutnya dihantar kepada Reyes, seorang hartawan taiko di Rio yang merupakan dalang kepada semua kegiatan jenayah di Rio. Rupanya terdapat sesuatu pada kereta itu yang sangat penting buat Reyes..FBI mula menghantar pemburu terhebat mereka, Hobss (lakonan The Rock) untuk memburu mereka bertiga di Rio. Begitu juga dengan Reyes dan kuncu-kuncunya yang mahukan semula kereta tersebut. Namun seperti biasa, hero tak boleh goyang. Menyedari mereka mempunyai sesuatu yang penting buat Reyes, mereka merancang untuk merompak harta Reyes yang bernilai 100juta, dan ini merupakan cabaran hebat kerana Rio bukan tempat mereka dan Reyes telah merasuah seluruh Rio bagi melindungi hartanya..Lantas, mereka mula mengumpulkan star-star dalam bidang rompakan yang mereka pernah kenali (dari Fast and Furious 1 hinggalah Fast and Furious 4). Setiap mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan semuanya memang handal dalam lumba kereta haram. Antara yang menarik ialah Han (dari Fast Furious Tokyo Drift), Tej dan Roman Pearce (dari Fast Furious 2) dan Gisele dan Don (dari Fast and Furious 1). Jadi berjayakah mereka dalam mission imposibble ini? Macam mana pulak nak tewaskan the Rock yang besar gabak itu? Ketahuinya, dengan menonton The Fast Five……


kalau yang dah tengok filem ni mesti tau bila lagu ni dimainkan..lagu ni membuat kita terasa kepuasan yang sama bila diorang buka peti besi tu..TERBAEKKK~



p/s : just wondering..bila agaknye industri filem kita akan mengeluarkan product seperti ni..???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...