01 April 2011

Perempuan Merokok tu "COOL" Ke???

Salam to all readers..masa on the way balik keje tadi aku terperasan la sorang awek ni semacam folow aku..folow ea..hahaha..ok ok..maybe kitorang satu hala tuju..disebabkan kete aku tak la seberapa tinted sangat dan kete awek tu pun takde la bertinted sangat..so aku memang nampak dengan jelas la muka die..takde la aku tengok sampai toleh kebelakang..ke longkang aku nanti..usha-usha kat sidemirror je..siyesly awek tu memang chantekk..pulak tu kat highway skudai kete gerak agak slow..so memang aku amik kesempatan la menikmati pemandangan indah ni..haha..tapi tengah syok aku usha die dari side mirror tetiba aku ternampak die memegang sesuatu kat tangan die sambil pegang stereng..sekejap-sekejap die seperti menyedut bende alah tu..korang tau apa bende tu..ROKOK..aku terus 'jemmm' kot bila nampak awek tu hisap rokok..masa tu pukul 545 petang dan aku tak rabun..hurmm..sayang seribu kali sayang..chantekk dah cukup chantekk..tapi bila aku perasan die hisap rokok terus hilang kechantekkan awek tu..

Masa tu kepala aku ligat berfikir..kenapa gadis secantik tu terjebak menghisap rokok...kalau tak cantek takde la aku nak concern sangat..lantak kau la muka dah tak cantek pastu hisap rokok lagi..memang serba serbi tak cantik laa..hahaha..aku tau la zaman sekarang ni perempuan merokok perkara yang common..tapi menghisap rokok ni sinonim dengan orang lelaki..tapi bila perempuan MELAYU merokok aku rasa semacam janggal la..apa yang aku cuba nak fahamkan kenapa diorang ni merokok..apa yang mereka cuba buktikan..adakah mereka hendak membuktikan yang mereka boleh sama level dengan kaum lelaki??..apa yang kaum lelaki boleh buat mereka pun boleh buat..begitu ke??..kalau macam tu baik ubah jantina terus..abis cerita..diorang mengikut peredaran zaman ke?? atau mereka mahu kelihatan COOL..????..benda ni yang bermain kat dalam otak aku masa tu..apa yang mereka cuba buktikan dengan merokok dan apa yang mereka dapat..????



Apa-apa pun aku cuma bagi pendapat aku saja..bukan niat aku nak hentam gadis-gadis yang merokok..tapi kalau ada yang terasa aku minak maaf la yee..korang ada otak korang boleh fikir sendiri apa yang COOL apa yang TAK COOL..


p/s : perempuan adalah insan yang semulajadinya lemah lembut,cantik,sopan santun..tapi kalau dah merokok tu..TAK COOL ok!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

perempuan makin berani.kat kedai tomyam kampung aku pun dah biasa nampak pompuan merokok.tak kira ada pakcik2 ke,makcik2 ke.diorng selamba.nak kate ape.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...