24 April 2011

Kapitalisme : Mengenal dan Memahami

Hye guys...salam hari minggu..ok aku nak sambung entry aku yang sebelum ni mengenai Kapitalisme..kenapa aku tiba-tiba nak buat entry pasal Kapitalisme?? sebab aku ada tengok trailer movie yang asyik menyebut pasal kapitalisme ni..jadi apa tu kapitalisme????..apa yang korang faham tentang Kapitalisme???..apa yang korang kenal tentang Kapitalisme??..

image-google pict

Kapitalisme berasal dari perkataann CAPITAL yang bermaksud modal..ia mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada pertengahan abad ke-19..kapitalisme adalah sistem ekonomi berdasarkan pemasaran bebas, persaingan bebas, berasangkan keuntungan dan pemilikan persendirian dan bermatlamatkan keuntungan..prinsip-prinsip yang diamalkan dalam Kapitalisme adalah mencari keuntungan dalam berbagai cara kecuali yang dilarang oleh kerajaan seperti penjualan dadah dan sebagainya..dalam sistem ni individu atau syarikat-syarikat mempunyai hak untuk memiliki dan menggunakan kekayaan unuk menjana pendapatan atau menjual beli buruh dengan gaji tanpa kawalan kerajaan atau dengan kawalan yang minima..keperluan untuk menetapkan ekonomi dicapai melalui pengoperasian kuasa-kuasa pasaran dimana harga dan keuntungan menentukan dimana dan bagaiamana ianya diagih dan digunakan..

image-google pict

Tapi ada juga yang tidak suka dengan sistem kapitalisme dan lebih dikenali dengan Anti-Capitalism kerana berpendapat ia hanya meluaskan jurang antara golongan kaya dan juga miskin dimana yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin tetap akan miskin..ia disebabkan oleh persaingan oleh dua kelas dimana yang satu mementingkan pengumpulan kekayaan dengan apa cara tanpa mempedulikan yang lain dan yang satu lagi tidak diberikan kesempatan untuk mencari kesenangan tanpa belas kasihan.. golongan atasan tidak akan melepaskan apa-apa kepada golongan yang lebih rendah jika tidak mendatangkan sebarang keuntungan pada meraka dan mereka terus ghairah mencari kekuasaan dan kekayaan tanpa mempedulikan apa yang ada disekeliling mereka..


p/s : yang tertindas akan terus ditindas..WTF!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...