06 March 2011

REVIEW : Hikayat Merong Mahawangsa


Hello to all acongeduardo.blogspot.com readers..seperti yang korang dah tau KRU Studios bakal mengeluarkan sebuah filem epic HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang akan menerjah pawagam 10 MAC 2011 ni..

Ok..terus terang aku bukan la peminat tegar filem-filem melayu..tapi tu bukan bermaksud aku tak menyokong industri filem tanah air kita..cuma aku memilih sikit kalau bab filem-filem melayu ni..sori ok..tapi..filem terbaru dari KRU ni betul-betul buat aku ternanti-nanti bila ia akan dikeluarkan dan aku rasa aku tak perlu terangkan kenapa filem ni ditunggu-tunggu sebab korang sendiri pun tau kenapa kan..apa pun jom layan trailer ni dulu..



SINOPSIS :

Filem ini berkisar pada tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Ok..jom ramai-ramai ke pawagam 10 MAC 2011 ni untuk melihat buah tangan dari KRU ni..


p/s : filem RANGO pun akan keluar pada hari yang sama..tepuk dada tanya poket..
p/s/s : rase macam nak ajak seseorang layan filem KRU ni..yehaaa!!!!

4 comments:

ZAHRA ZAHRAwanie said...

jom acong! ajak kaum kerabat sume!

AcongEduardo said...

ko kat sarawak lagikan wani???

N A N a t O said...

aku tergolong dlm keabat tak wesyh..dah lama x meluak kan poket aku nih..

AcongEduardo said...

wahhhh..tu suda bgs tu nana..msti banyakkan yg xterluak..meh2 blanje ak..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...