28 March 2011

Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem

Jika di Malaysia kita ada otai-otai seperti KUKUBESI dan juga CHOTTOUCH..tapi di dunia fotografi islam pastinya Abdul Adzeem yang dipilih menjadi idola atau mentor dalam dunia fotografi ni..bagi sesiapa yang tidak tahu pastinya tertanya-tanya siapa Abdul Adzeem ni..sudah agak lama kot aku dengar pasal insan bernama Abdul Adzeem ni..tapi cuma baru-baru ni aku berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam..

OK..Abdul Adzeem atau lebih dikenali sebagai Peter Sanders sebelum beliau memeluk islam dilahirkan di London pada tahun 1946..beliau memulakan kerjaya beliau sebagai jurugambar profesional pada pertengahan 60-an dengan mengambil gambar selebriti-selebriti terkenal seperti Jimi Hendrix, The Doors, Bob Dylan, The Who dan juga band legend Rolling Stones..pada penghujung tahun 1970-an beliau mula beralih perhatian dari bidang fotografi kepada pencarian didalam ketenangan jiwa yang tidak pernah beliau dapat semasa menjadi jurugambar profesional..beliau ke India untuk mencari makna ketenangan jiwa dan setelah kembalinya beliau ke london beliau telah memeluk agama islam yang telah memberikan ketenangan jiwa yang beliau cari-cari selama ini semasa beliau berusia 24 tahun..dari situ beliau menukar namanya sebagai ABDUL ADZEEM..

Pada tahun 1971, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengambil gambar Haji di Mekah..sesuatu yang mengejutkan bagi seseorang 'westener'..namun beliau menggalas kepercayaan yang diberi dengan mengambil gambar yang sangat memberi impak disetiap mata yang memandang..jika Kukubesi dan Chottouch ada HALUAN KIRI..Peter Sanders pula ada mengeluarkan buku yang bertajuk In the Shade of the Tree : A Photographic Odyssey Through the Muslim World..


ok..suma tu kela yang dapat aku share dengan korang..untuk entry ni aku mengambil banyak masa sebab aku terpaksa buat research dulu..tak nak la nanti kena saman sebab keluarkan artikal yang tak betulkan..haha...tapi betulkan jika aku salah dan jika korang ada info yang lebih mendalam korang bleh share dengan aku ok..

kebanyakkan info aku dapat dari uncle google, dekat SINI, dekat SINI dan dekat SINI juga dekat SINI..


p/s : bertuah jika dapat 'ceduk' sedikit ilmu dari beliau..^^
p/s/s : a picture paints a thousand words..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...