24 March 2011

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL???

Hye guys..sementara nak amik 'feel' sebelum memulakan kerja ari ni macam biasa aku ber'internet' la dulukan..tetapi aku dikejutkan oleh 2 berita yang menarik..yang pertama adalah kematian pelakon legend Elizabeth Taylor akibat serangan jantung di Cedars-Sinai Hospital di Los Angeles..beliau meninggalkan dunia pada usia 79 tahun selepas hampir 6 minggu terlantar di hospital..

Tapi itu tidak la semenarik seperti berita yang kedua ni :

"Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan..."

Petikan ni aku ambil dekat facebook..bukan aku saja-saja reka ok..tapi bagi aku selagi kita tak dapat pengesahan dari pihak JAKIM sendiri..tak perlu nak percaya khabar angin ni..kalau betul tak mengapa..tapi kalau ianya hanya khabar angin yang sengaja direka untuk menjatuhkan serta merosakkan reputasi perniagaan tuan punya kedai..macam mana pulak???

KLUANG RAIL COFFEE yang terkenal dengan toasted bread..
(gambar ni uncle google yang bagi)


p/s : jangan mudah percaya pada khabar angin jika tiada sebarang bukti yang mengatakan ianya benar..
p/s/s : aku sepatutnya post entry ni pagi tadi..sebab morning meeting yang membosankan aku terus terlupa pasal entry ni..^^

6 comments:

kacap terlabik said...

pasal kluang rail coffee ni, kedai ni memang fofuler..tapi kalau tak silap, owner and family die dah memeluk agama Islam dah..sekadar berkongsi yek, acong. (n_n)

AcongEduardo said...

sangat feymes..even kwn aku ada yang sanggup dari jb g sane nak bfast....info berguna tu bro..thanks!!

salmiah said...

Salam saya Salmiah...
Saya berkata benar...kalau mahu info lagi sila layari http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=534070

kepada kacap terlabik: sebenarnya bukan ownernya yg masuk islam tetapi salah seorang abangnya masuk islam yg berkahwin dgn org indonesia..dulu mualaf ni lah dgn isterinya yg buat jem tu, tetapi mereka telah berpindah ke tempat lain kira2 3-4 tahun dulu. sejak itu saya sudah rasa was2 nak mkn kat situ sbb yg buat jem lepas tu adik-beradik cina nyer...

AcongEduardo said...

..hurmm..selagi JAKIM sendiri tak keluarkan apa kenyataan tak boleh nak percaya apa-apa kenyataan dari orang lain..

apa pun thanks sangat bg info!!

orang kluang said...

memang jabatan agama islam bersama jabatan kesihatan dan beberapa jabatan lain ada buat pemeriksaan di kluang rail coffee dan ada ambil sampel beberapa bahan makanan untuk dianalisa di makmal jabatan kimia malaysia

kawan saya yang kerja kat pejabat kadi kluang dah tengok salinan surat keputusan analisis dari jabatan kimia kementerian sains, teknologi dan inovasi yang menyatakan bahawa sampel serbuk kopi yang diambil daripada kluang rail coffee mengandungi DNA babi manakala madu yang dicampur pada kaya roti mengandungi alkohol

rasulullah bersabda "Tinggalkanlah perkara-perkara yang membawa ragu-ragu kepadamu. (dan) ambillah apa-apa yang tidak meragukanmu. (Hadis riwayat Nasa'i dan lain-lain)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

AcongEduardo said...

thanks orang kluang sbb bg info yg sangat berguna..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...