18 March 2011

Extreme SUPERMOON, 19 MARCH 2011

Hye guys..kali ni aku nak share dengan korang pasal SUPERMOON..ok sebelum aku mengarut dengan lebih lanjut aku nak bagi amaran yang entry aku kali ni tak ada kena mengena dengan Warewolf, vampire, dracula mahupun Jacob apatah lagi dengan Edward..langsung takde kena mengena dengan Sailormoon atau Superman..ianya tentang Supermoon..

Melalui dari apa yang telah aku baca dan aku apa yang aku faham..Supermoon adalah istilah para Astrologi dimana keadaan bulan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi berbanding biasa iaitu 384403km pada waktu biasa..ia juga dikatakan akan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun yang lalu..ketika berlakunya fenomena ini bulan akan kelihatan 10% hingga 18% lebih besar dan terang dari kebiasaan..menurut dari apa yang dikatakan..fenomena ini mungkin akan membuatkan air laut meningkat pada paras yang lebih tinggi kerana berikutan air pasang surut berkait dengan graviti bulan..

Tapi..ada juga pihak-pihak yang mengatakan fenomena Supermoon ni akan menyebabkan bencana alam seperti gempa bumi dan juga tsunami..tapi sesetengah pihak astronomi menyangkal dakwaan tersebut dan ia disokong oleh pakar-pakar geologi dari USGS(U.S GEOLOGICAL SURVEY)..sebagai contoh apa yang terjadi baru-baru ni dimana Jepun dilanda tsunami..kebetulan ke semua tu..APA PENDAPAT KORANG..??????




p/s : apa-apa pun kita cuma mampu berdoa supaya dijauhkan dari sebarang malapetaka..AMIN.
p/s/s : masa terbaik nak tengok bulan adalah semasa sunset..semasa ia berada di garisan horizan..indah gile..
p/s/s/s : selamat berhujung minggu ok..

3 comments:

Eien mohmad said...

AMIN (:

AcongEduardo said...

Amin..dah tgk supermoon blom???=)

Eien mohmad said...

hahaha. not yet ! nty free. HAHHA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...