21 March 2011

EARTH HOUR- 26 March 2011



As Salam to all acongeduardo.blogspot readers..macam mana weekend korang..mesti syokkan..ok korang dah layan belum video kat atas ni..korang dah dapat mesej apa yang cuba disampaikan dalam video tersebut..ianya mengenai EARTH HOUR 2011..

Apa tu Earth Hour??? good question..ok bagi sesiapa yang masih blur lagi tu teruskan scroll down entry ni..Earth Hour adalah satu kempen atau satu acara tahunan yang dianjurkan oleh WWF..bukan world wrestling federation..WWF stands for World Wide Fund for nature..atau lebih mudah difahami Tabung Alam Sedunia..alaa yang logo die panda tu..acara tahunan ni buat pertama kalinya diadakan di Australia pada tahun 2007 dan mendapat liputan dan sokongan seluruh dunia pada tahun 2008 termasuklah Malaysia..acara ini diadakan pada minggu terakhir pada bulan March..untuk tahun ni jatuh pada 26 March 2011..

Dah tau apa tu Earth Hour..??bagus..pasni boleh cerita kat kawan-kawan sedara-mara apa tu Earth Hour..dah tu nak buat apa masa Earth Hour tu..stayed at home like good boys/girls do ke..???..sebenarnya mudah je..apa yang perlu kita buat adalah tutup lampu selama satu jam bermula pada 830 malam sehingga 930 malam..bergelap selama satu jam je..bukan lama sangat pun..walaupun satu jam ia dapat menunjukkan keperihatinan korang terhadap bumi dimana yang kita semua sedar bumi kita semakin kronik dengan perubahan iklim dunia@pemanasan global,lapisan ozon semakin menipis dan macam-macam lagi..dengan menyokong acara ni mungkin dapat menyelamatkan masa depan generasi kita..tetapi kadang-kala benda yang mudah ni lah yang ramai orang buat sambil lewa..setuju tak dengan aku??

Bagi aku..kalau benda yang mudah macam ni pun kita susah nak sokong dan buat..jangan mimpi la nak mencapai sesuatu yang lebih hebat..so apa lagi..bersiap sedia..sebagai orang yang masih sayangkan bumi kita ni..jom sama-sama kita berbakti pada bumi kita..kalau bukan kita siapa lagi..

VOTE FOR EARTH


p/s : tiap-tiap tahun aku dengan kawan-kawan aku tak pernah miss bergelap..tahun ni jom padam lampu lagi..yehaaaa!!!!!
p/s/s : jangan lupa bagitau dekat orang-orang kampung,jiran tetangga, dan sekalian penduduk..ramai-ramai kita bergelap..yeah!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...