31 March 2011

FEMALE GUITARISTS KEGEMARAN KU

Salam..hye guys..korang semua mesti ada guitarists kegemaran korangkan..aku sebagai contoh sangat admire dengan guitarists-guitarists seperti Synyster Gates dari Avenged Sevenfold..Izzy Stradlin yang bagi aku the best rhythm guitarist dari Gun N Roses..siapa tak kenal dengan Kirk Hemmet dari Metallica..John Lennon dari Beatles..Angus yang style dari ACDC..dan siapa pula yang boleh menolak dari mendengar petikan gitar dari John Mayer..mereka-meraka ni semua bagi aku adalah legend..

Tapi aku juga ada guitarist perempuan kegemaran aku yang sentiasa membahagiakan mata dan telinga aku..haha....nak tau siapa siapa meraka-meraka yang telah membuat aku tangkap cintan dengan lagu,music dan petikan guitar yang sering merobek hati ni..jom check this out..

1. Colbie Caillat..
die memang style dengan lagu-lagu yg style..kebanyakkan lagu-lagu die tulis sendiri..style kan??

2. Kina Grannis
Bagi yang tak kenal siapa dia..korang cuba layan lagu-lagu dia dekat YOUTUBE..sure tangkap cintan punye..

3. Kaki King
korang jangan gelak dengan nama die..nama sebenar die Katherin Elizebeth King merupakan guitaris dan juga komposer dari Amerika..terus-terang aku bagitau..dia bukan saja bagus..but she is the best female guitarist..

4. Taylor Swift
awek yang sorang ni aku rase korang dah tau sape kan..

5. Yunalis Zarai
the best and most inspirational malaysian singer ever..hahaha

ok..ada beberapa lagi guitaris perempuan yang aku minat seperti Jewel dan rockers Joan Jett..tapi yang diatas adalah bagi aku yang terbaik dan mereka mempunyai beberapa persamaan seperti penyanyi,bermain guitar serta penulis lirik yang style!!!




p/s : esok dah jumaat..apa plan untuk weekend ni??

28 March 2011

Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem

Jika di Malaysia kita ada otai-otai seperti KUKUBESI dan juga CHOTTOUCH..tapi di dunia fotografi islam pastinya Abdul Adzeem yang dipilih menjadi idola atau mentor dalam dunia fotografi ni..bagi sesiapa yang tidak tahu pastinya tertanya-tanya siapa Abdul Adzeem ni..sudah agak lama kot aku dengar pasal insan bernama Abdul Adzeem ni..tapi cuma baru-baru ni aku berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam..

OK..Abdul Adzeem atau lebih dikenali sebagai Peter Sanders sebelum beliau memeluk islam dilahirkan di London pada tahun 1946..beliau memulakan kerjaya beliau sebagai jurugambar profesional pada pertengahan 60-an dengan mengambil gambar selebriti-selebriti terkenal seperti Jimi Hendrix, The Doors, Bob Dylan, The Who dan juga band legend Rolling Stones..pada penghujung tahun 1970-an beliau mula beralih perhatian dari bidang fotografi kepada pencarian didalam ketenangan jiwa yang tidak pernah beliau dapat semasa menjadi jurugambar profesional..beliau ke India untuk mencari makna ketenangan jiwa dan setelah kembalinya beliau ke london beliau telah memeluk agama islam yang telah memberikan ketenangan jiwa yang beliau cari-cari selama ini semasa beliau berusia 24 tahun..dari situ beliau menukar namanya sebagai ABDUL ADZEEM..

Pada tahun 1971, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengambil gambar Haji di Mekah..sesuatu yang mengejutkan bagi seseorang 'westener'..namun beliau menggalas kepercayaan yang diberi dengan mengambil gambar yang sangat memberi impak disetiap mata yang memandang..jika Kukubesi dan Chottouch ada HALUAN KIRI..Peter Sanders pula ada mengeluarkan buku yang bertajuk In the Shade of the Tree : A Photographic Odyssey Through the Muslim World..


ok..suma tu kela yang dapat aku share dengan korang..untuk entry ni aku mengambil banyak masa sebab aku terpaksa buat research dulu..tak nak la nanti kena saman sebab keluarkan artikal yang tak betulkan..haha...tapi betulkan jika aku salah dan jika korang ada info yang lebih mendalam korang bleh share dengan aku ok..

kebanyakkan info aku dapat dari uncle google, dekat SINI, dekat SINI dan dekat SINI juga dekat SINI..


p/s : bertuah jika dapat 'ceduk' sedikit ilmu dari beliau..^^
p/s/s : a picture paints a thousand words..

27 March 2011

SAH!!..KLUANG RAIL COFFEE RAIL TIDAK HALAL

Salam to all acongeduardo.blogspot readers..sesiapa yang pernah singgah kat blog aku beberapa hari lepas pasti akan perasan entry aku pasal KLUANG COFFEE RAIL TIDAK HALAL??.. sesiapa yang terlepas korang bleh click untuk review pasal entry tu..entry aku tu mendapat liputan yang agak baik(cehh ayat ko xbleh blah dow)..agak mengejutkan aku seseorang yang dikatakan bertanggungjawab menyebarkan berita ni yang dikenali sebagai SALMIAH turut mengesahkan berita ni sendiri dengan meninggalkan jejak beliau diruangan comment aku..


tapi aku masih belum betul-betul pasti selagi pihak berwajib tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggalah ianya dikeluarkan di HARIAN METRO..

sila click untuk enlarge

SAH!!..KLUANG RAIL COFFEE RAIL TIDAK HALAL

ok dengan ini baru aku yakin yang ianya tidak sah..yela bukan aku tak nak percaya pada mula-mula tapi ianya khabar angin..selagi pihak berwajib tidak mengesahkan apa-apa kita tidak boleh sesuka hati nak percaya..

p/s : selepas ni kene lebih berhati-hati mencari tempat makan..tepuk dada tanya selera la beb..

KALAU 50 ORANG 'LIKE' BARU AKU POTONG RAMBUT AKU

Hye guys..ok entry pendek je untuk kali ni..lately ni ramai orang dok komen pasal rambut aku sebab dah panjang sangat..mak aku memang tiap kali die col aku memang membebel la suruh potong rambut doremon aku ni(FYI: doraemon xde rambut ok)..mana punye tv tah mak aku tengok yang doraemon ada rambut..adalaaa satu hari tu aku sesaje pakai earplug kat tempat keje siap bos aku sound lagi "hey sam..u dont need the earplug meyy..u kasi sumbat ur hair jelaa.."..pandai bos aku nak bergurau..nak dijadikan cerita aku update la status kat fb aku :


baru aku tau ramai yang menyokong perjuangan aku nak simpan rambut panjang ni..haha

tapi last sekali komen dari seorang kawan aku ni buat aku tersedak :


baru aku nak berangan nak jadi ala-ala rockstar..ni mesti die berpakat dengan mak aku ni..tapi bila tanya uncle google ramai gak rockstar berambut pendek..apa-apa jelaa..^^


p/s : malam tadi enjoy kot kat Bukit Timbalan..Fynn Jamal dengan Statik memang bestt..
p/s/s : apa-apa pun selamat berhujung minggu..do something nice and have fun!!!!

25 March 2011

JOHO-EARTH HOUR 2011

Hye guys..entry aku sebelum ni ada aku share dengan korang pasal EARTH HOUR kan..kalau nak tau apa tu korang boleh click kat SINI..kali ni aku nak share dengan orang terutama yang berada dekat JB ni..jom kita terjah ke Bukit Timbalan,JB pada hari sabtu ni jam 8 malam sampai 1030 malam untuk event Earth Hour-JOHO style..antara artis yang akan wat perfomance pada malam tu adalah Aizat,Statik dan Fynn Jamal..kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai event ni korang boleh click kat SINI..jom ramai-ramai kita ke sana!!!!!

24 March 2011

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL???

Hye guys..sementara nak amik 'feel' sebelum memulakan kerja ari ni macam biasa aku ber'internet' la dulukan..tetapi aku dikejutkan oleh 2 berita yang menarik..yang pertama adalah kematian pelakon legend Elizabeth Taylor akibat serangan jantung di Cedars-Sinai Hospital di Los Angeles..beliau meninggalkan dunia pada usia 79 tahun selepas hampir 6 minggu terlantar di hospital..

Tapi itu tidak la semenarik seperti berita yang kedua ni :

"Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan..."

Petikan ni aku ambil dekat facebook..bukan aku saja-saja reka ok..tapi bagi aku selagi kita tak dapat pengesahan dari pihak JAKIM sendiri..tak perlu nak percaya khabar angin ni..kalau betul tak mengapa..tapi kalau ianya hanya khabar angin yang sengaja direka untuk menjatuhkan serta merosakkan reputasi perniagaan tuan punya kedai..macam mana pulak???

KLUANG RAIL COFFEE yang terkenal dengan toasted bread..
(gambar ni uncle google yang bagi)


p/s : jangan mudah percaya pada khabar angin jika tiada sebarang bukti yang mengatakan ianya benar..
p/s/s : aku sepatutnya post entry ni pagi tadi..sebab morning meeting yang membosankan aku terus terlupa pasal entry ni..^^

21 March 2011

EARTH HOUR- 26 March 2011



As Salam to all acongeduardo.blogspot readers..macam mana weekend korang..mesti syokkan..ok korang dah layan belum video kat atas ni..korang dah dapat mesej apa yang cuba disampaikan dalam video tersebut..ianya mengenai EARTH HOUR 2011..

Apa tu Earth Hour??? good question..ok bagi sesiapa yang masih blur lagi tu teruskan scroll down entry ni..Earth Hour adalah satu kempen atau satu acara tahunan yang dianjurkan oleh WWF..bukan world wrestling federation..WWF stands for World Wide Fund for nature..atau lebih mudah difahami Tabung Alam Sedunia..alaa yang logo die panda tu..acara tahunan ni buat pertama kalinya diadakan di Australia pada tahun 2007 dan mendapat liputan dan sokongan seluruh dunia pada tahun 2008 termasuklah Malaysia..acara ini diadakan pada minggu terakhir pada bulan March..untuk tahun ni jatuh pada 26 March 2011..

Dah tau apa tu Earth Hour..??bagus..pasni boleh cerita kat kawan-kawan sedara-mara apa tu Earth Hour..dah tu nak buat apa masa Earth Hour tu..stayed at home like good boys/girls do ke..???..sebenarnya mudah je..apa yang perlu kita buat adalah tutup lampu selama satu jam bermula pada 830 malam sehingga 930 malam..bergelap selama satu jam je..bukan lama sangat pun..walaupun satu jam ia dapat menunjukkan keperihatinan korang terhadap bumi dimana yang kita semua sedar bumi kita semakin kronik dengan perubahan iklim dunia@pemanasan global,lapisan ozon semakin menipis dan macam-macam lagi..dengan menyokong acara ni mungkin dapat menyelamatkan masa depan generasi kita..tetapi kadang-kala benda yang mudah ni lah yang ramai orang buat sambil lewa..setuju tak dengan aku??

Bagi aku..kalau benda yang mudah macam ni pun kita susah nak sokong dan buat..jangan mimpi la nak mencapai sesuatu yang lebih hebat..so apa lagi..bersiap sedia..sebagai orang yang masih sayangkan bumi kita ni..jom sama-sama kita berbakti pada bumi kita..kalau bukan kita siapa lagi..

VOTE FOR EARTH


p/s : tiap-tiap tahun aku dengan kawan-kawan aku tak pernah miss bergelap..tahun ni jom padam lampu lagi..yehaaaa!!!!!
p/s/s : jangan lupa bagitau dekat orang-orang kampung,jiran tetangga, dan sekalian penduduk..ramai-ramai kita bergelap..yeah!!

19 March 2011

MARIA OZAWA SELAMAT DARI TSUNAMI

Hye guys..entry pendek je untuk kali ni..tapi entry kali ni pasti menggembirakan hati para lelaki berhidung belang dan bermata keranjang kat luar sana..dilaporkan oleh beberapa pihak Pornstar Jepun, Maria Ozawa selamat dari bencana tsunami..hah!!..apa yang korang senyum sorang-sorang tu..suke la korang ek..bawa bertaubat la wahai sahabat-sahabat ku..


p/s : pernah terdengar pasal Maria Ozawa ni dah masuk islam..betul ke..???sesapa yang ada info boleh share dengan aku ok..
p/s/s : have a great weekend guys!!!!..do something nice..and spread some love..

18 March 2011

Extreme SUPERMOON, 19 MARCH 2011

Hye guys..kali ni aku nak share dengan korang pasal SUPERMOON..ok sebelum aku mengarut dengan lebih lanjut aku nak bagi amaran yang entry aku kali ni tak ada kena mengena dengan Warewolf, vampire, dracula mahupun Jacob apatah lagi dengan Edward..langsung takde kena mengena dengan Sailormoon atau Superman..ianya tentang Supermoon..

Melalui dari apa yang telah aku baca dan aku apa yang aku faham..Supermoon adalah istilah para Astrologi dimana keadaan bulan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi berbanding biasa iaitu 384403km pada waktu biasa..ia juga dikatakan akan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun yang lalu..ketika berlakunya fenomena ini bulan akan kelihatan 10% hingga 18% lebih besar dan terang dari kebiasaan..menurut dari apa yang dikatakan..fenomena ini mungkin akan membuatkan air laut meningkat pada paras yang lebih tinggi kerana berikutan air pasang surut berkait dengan graviti bulan..

Tapi..ada juga pihak-pihak yang mengatakan fenomena Supermoon ni akan menyebabkan bencana alam seperti gempa bumi dan juga tsunami..tapi sesetengah pihak astronomi menyangkal dakwaan tersebut dan ia disokong oleh pakar-pakar geologi dari USGS(U.S GEOLOGICAL SURVEY)..sebagai contoh apa yang terjadi baru-baru ni dimana Jepun dilanda tsunami..kebetulan ke semua tu..APA PENDAPAT KORANG..??????




p/s : apa-apa pun kita cuma mampu berdoa supaya dijauhkan dari sebarang malapetaka..AMIN.
p/s/s : masa terbaik nak tengok bulan adalah semasa sunset..semasa ia berada di garisan horizan..indah gile..
p/s/s/s : selamat berhujung minggu ok..

17 March 2011

LISA SURIHANI=HANGIT

Hye guys..ok..entry pendek je untuk kali ni..aku ada sesuatu yang menarik nak share dengan korang ni..aku tak terniat pun nak cari video PANGGILAN HANGIT HOT FM kat youtube ni..tapi tetiba terselit plak satu video yang wat aku tertarik nak click kat situ..video ni pasal Lisa Surihani terkena panggilan hangit dari geng2 HOT FM AM CREW..jom layan..



Aku rasa ni antara panggilan hangit yang paling best kot..siapa sangka artis paling feymes sekarang ni pun tak terlepas dari terkena panggilan hangit ni..tapi secara tak langsung menyerlahkan ia sifat keperibadian Lisa..walaupun agak kalut tapi tiada sedikit bahasa yang kurang sopan keluar dari mulut die even masa dah kantoi terkena panggilan hangit..no wonder la semua orang suka kan die..korang semua setujukan..hehe


p/s : Lisa..u punye 'R' wat i tergoda ok!!!!!..haha

15 March 2011

PHOTOGRAPHY TIPS : DIBAWAH CAHAYA MATAHARI

As Salam to all my readers..ok..entry kali ni aku nak share dengan korang serba sedikit tentang fotografi..aku pun bukannya pandai sangat pasal fotografi ni untuk bagi tips kat korang..tapi tak salah kalau kita berkongsi pendapat..kalau aku ada salah atau kurang mintak tolong otai-otai kat luar sana betolkan ok!!!!..

Nak dijadikan cerita..hari ahad lepas aku ada photoshoot dekat Taman Bunga Istana, JB..masa tu start dalam pukul 2 lebih la..korang boleh bayangkan la kan macam mana kalau shoot kat bawah panas terik dimana cahaya melimpah ruah..ok..masalah yang aku dihadapi kalau shoot bawah matahari yang terik ni adalah OVEREXPOSE..apa tu overexpose????...ok..overexpose adalah keadaan dimana hasil gambar korang terlalu terang disebabkan kawalan exposure yang tidak seimbang atau terlalu tinggi..seperti yang sedia maklum exposure ni boleh dikawal dengan penggunaan shutter speed, aparture dan ISO yang betul (aku rasa itu semua tak perlu aku terangkan dengan mendalam la kot)..

contoh gambar yang agak overexpose

Tapi masih ada cara lain yang boleh dipraktikkan jika korang menghadapi situasi macam ni..di sini aku nak share dengan korang tips-tips yang boleh dipraktikkan semasa shoot dibawah cahaya matahari yang terik..antaranya adalah :

1. Mencari tempat yang teduh seperti dibawah pokok.
2. Lens hood..untuk mengelakkan sumber cahaya yang tidak diingini..

3. Reflektor..mengurangkan bayang-bayang pada muka dan penambah-baikan cahaya..


4. Silhouette..try buat gambar silhouette yang artistic..gunakan cahaya yang melimpah ruah..
5. Filter..penggunaan polarizing filter juga berguna untuk mengurangkan cahaya yang masuk dan dapat menguatkan efek biru pada langit..


Kalau korang rasa ada salah atau kekurangan atau penambahan sila bagitau ok..


p/s : experimental is the best way to learn..yang penting passion..

14 March 2011

CELCOM BROADBAND MACAM 'BA ALIF BA YA'


Hye readers..ok..aku frust!!!!!..lately ni selalu plak celcom broadband ni wat hal..tiap-tiap bulan aku bayar rm100 kot..rm100/month ok..tapi lembab gak...lembab yang teramat lembab..lembab mengalahkan kawan aku si mikael alex jo..aku nak buka email aku pun problem..gila!!!!..tu belum lagi aku buka youtube..memang tunggu subuh esok la baru muncul..lagi pun bukan aku duduk kat dalam hutan sampai takde coverage langsung..dalam iklan pom pang pom pang bagitau paling laju la apa la..kalau sesekali tak pe la jugakan..ni kalau dah selalu wat hal sape bleh tahan oii..tiap-tiap bulan bayar sama je..lambat bayar je terus block..tapi service macam haramm..tolong la wei..kadang-kadang rasa macam ditindas pun ada..macam mana nak maju kalau macam ni..WTF!!!!!!!


p/s : waiting is a boring thing!!!!

13 March 2011

WE PRAY FOR JAPAN

Hello guys..entry kali ni aku nak share pasal gempa bumi dan tsunami yang telah melanda Pantai Timur Jepun baru-baru ni..ok..seperti yang korang sedia maklum gempa bumi kuat yang bermagnitud 8.9 pada skala ritcher telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang telah memusnahkan harta benda dan mengorbankan banyak nyawa..

Disebabkan peristiwa ini..LADY GAGA telah melancarkan wristband "WE PRAY FOR JAPAN" dimana semua hasil jualan akan diserahkan kepada mangsa-mangsa tsunami di negara matahari terbit itu..harga wristband tu cuma $5 je..lebih kurang RM20 la..korang boleh mendapatkan wristband ni secara online di SINI..baikkan juga kan Lady Gaga ni..(ok..ok..aku memang menilai buku dari luarannya..haha)..so dengan ini hasil kutipan jualan wristband ni diharap ia dapat meringankan beban mangsa-mangsa bencana di sana..

ni la wristband dari Lady Gaga tu..style x??


p/s : jom sama-sama kita berdoa untuk mangsa bencana di Jepun tu..semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah ni..Amin..

p/s/s : aku wonder sikit laa..apa motif die letak lambang monster claw die tu..sama-sama la kita fikirkan ok..

TYPICAL ORANG MELAYU by MATLUTHFI90




Ok..hurmm..i dont know what to say about this video..hanya mampu gelak jela..hahahahaha
so..apa kata korang..???
jom layan video-video mamat ni kat youtube..



p/s : aku ada photoshoot kat Taman Bunga Istana Johor petang ni..sesiapa yang tak tau nak buat apa jom beriadah dekat sana..

12 March 2011

SOFTWARE UNTUK AKSES FACEBOOK

Hye guys..ok..kali ni aku nak share software baek punye dengan korang..korang mesti ada masalahkan nak 'berfacebooking' kat tempat kerja korang sebab kene block dek firewall yang dipasang kat opis korang..yelaa..mana boleh wat keje kalau tak hadap facebook ni dulu..dengan adanya software ni korang boleh meneruskan aktiviti berfacebook korang dengan senang hati..korang boleh CLICK untuk mendapatkan software ni..



p/s : pstttt..korang jangan bagitau bos korang kalau aku yang ajar wat bende ni ok..

06 March 2011

REVIEW : Hikayat Merong Mahawangsa


Hello to all acongeduardo.blogspot.com readers..seperti yang korang dah tau KRU Studios bakal mengeluarkan sebuah filem epic HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang akan menerjah pawagam 10 MAC 2011 ni..

Ok..terus terang aku bukan la peminat tegar filem-filem melayu..tapi tu bukan bermaksud aku tak menyokong industri filem tanah air kita..cuma aku memilih sikit kalau bab filem-filem melayu ni..sori ok..tapi..filem terbaru dari KRU ni betul-betul buat aku ternanti-nanti bila ia akan dikeluarkan dan aku rasa aku tak perlu terangkan kenapa filem ni ditunggu-tunggu sebab korang sendiri pun tau kenapa kan..apa pun jom layan trailer ni dulu..



SINOPSIS :

Filem ini berkisar pada tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Ok..jom ramai-ramai ke pawagam 10 MAC 2011 ni untuk melihat buah tangan dari KRU ni..


p/s : filem RANGO pun akan keluar pada hari yang sama..tepuk dada tanya poket..
p/s/s : rase macam nak ajak seseorang layan filem KRU ni..yehaaa!!!!

POCODOT IS FACEBOOK KILLER?

Hye guys..so macam mana hari minggu korang??..aku harap everyone had a great weekend ok..kalau korang rajin skodeng-skodeng youtube sejak akhir-akhir ni pasti korang perasan pasal POCODOT..bukan POLKA DOT ok..POCODOT..paling banyak perkataan pocodot ni kuar kat site lady gaga..so aku pun tergerak la nak tanya UNCLE GOOGLE apa pocodot ni..

Seperti sebelum-sebelum ni uncle google tak pernah menghampakan aku dikala aku memerlukan pertolongan..haha..ok..walaupun tak banyak info pasal pocodot ni tapi ia sudah memadai.. mula-mula aku ingat pocodot ni artis baru ke, lagu baru ke..rupa-rupanya pocodot ni laman sosial yang baru..atau bahasa popularnya SOCIAL NETWORKING SITE..ala yang macam FACEBOOK, TWITTER tu la..jadi apa pula hubungan pocodot ni dengan youtube??..gud question..setelah aku selidik rupa-rupanya diorang cuma menggunakan youtube sebagai medium untuk diketahui public..kire diorang nak promote site diorang la..tapi aku rasa strategi diorang promote kat youtube tu agak bagus kot..yela...tiap-tiap hari berjuta orang skodeng kat website tu..antara ramai-ramai mesti la ada yang noticed pasal pocodot tu..

secara kasarnya profile pocodot ni sama dengan facebook..copy cat..huh!!
aku rase tu jela yang dapat aku share dengan korang..
sesapa yang ada lain-lain info pasal pocodot ni bleh la share ngan aku ok..

sekian..


p/s : ada fb pun dah cukup..tu pun tak terjaga..haha
p/s/s : pocodot..polka dot..pocodot..polka dot..hurmmm..

AKU SEBAGAI MUSICIAN???

Helloooo to all my readers..semua orang ada impian sendirikan..mana ada orang dalam dunia ni yang tak ada impian..tapi dengan impian juga boleh mendorong kita untuk berjaya..dulu aku ada impian nak jadi musician@ahli muzik..bunyi macam mengarut je kan..tapi tu la salah satu impian aku dulu..

Ok..pendekkan cite sebelum aku melalut..haha..act aku cume nak share ngan korang je yang aku dengan beberapa kawan aku membuat persembahan akustik untuk final debate program YGRACT kat UTM Skudai tahun lepas..kitorang wat persembahan selama dua hari..orang dah orderkan..kitorang layankan je..haha..dah lama gile kot aku tak perform depan khalayak ramai ni..last skali masa sekolah dulu..tu pun untuk group nasyid sekolah je..jadi aku takde la kekok ke nerves ke masa tu..ok..nerves tu adala sikit..tu pun takut lupe chord sebab kitorang cume beberapa kali je practise..perkara biase wat keje last minit..btol tak??..hahaha..apa pun korang layan jela persembahan akustik kitorang ni..LIVE!!!!!..(drum roll please!!!!!)




..aku amik port blakang skali..low profile la katekan..haha

sekian..


p/s : selain music..aku addict dengan fotografi..tambah lagi satu impian..nak jadi photographer terkenal..bleh x??hahahaha..

05 March 2011

THE HOOSIERS


Hye guys..ok kali ni aku nak review pasal satu band dari Britain..THE HOOSIERS..aku rase ramai yang xtau pasal band ni..tapi kalau mereka yang mengikuti music-music indie luar negara aku rase mesti tau pasal band ni...band ni bukan la band feveret aku..tapi aku suke dengar lagu-lagu diorang..memang layannnnn..

Band ni mula dikenali pada tahun 2003 kalau xsilap aku la kan..diorang membawa aliran music rock/pop rock..lagu-lagu diorang macam rock n roll pun ada..band ni cume ada 3 orang je..Irwin Sparkes sebagai vokalis utama dan juga lead guitar..Martin Skarendahl mewakili bass serta rhythm guitar dan Alphonso "Alan" Sharland tukang ketuk-ketuk drum dan juga backup singer..antara lagu yang aku slalu dengar "WORRIED ABOUT RAY", "THE TRICK OF LIFE", "RUN RABBIT RUN" dan "BUMPY RIDE"..

ok..jangan tertipu dengan gambar ni..diorang la THE HOOSIERS..

..style kot gambar atas ni..

..memperkenalkan vokalis utama merangkap lead guitar-Irwin Sparkes..suara mamat ni biase je..tapi music diorang yang masyukkkk je kat telinge ni..

..pemain bass dan juga rhythm guitar..Martin Skarendahl..

..ni la pemain drum diorang..Alphonso "Alan" Sharland..


..so kalau korang dah bosan asyik dengar lagu-lagu jiwang karat..apa kata korang try tukar selera ckit dengar lagu-lagu diorang ni..tapi terpulang la kat telinga korang boleh terime ke x..hoho..

sekian..


p/s : Maroon5 live kat kl bulan 4 ni..nak pegi ke x ek..?????
p/s/s : esok..car boot sale kat joho concept store..so sesape yang xtau wat pe..moh le kite..

03 March 2011

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILL TRIP

Hye readers..bende ni maybe suda agak lapuk untuk aku share ngan korang..tapi aku nak share gak..aku bz gile ok lately ni..haha..masa chinese new year lepas aku dengan kawan-kawan merepek aku TJ, ALEX dan BOY wat trip ke BUKIT TINGGI atau lebih spesifiknye kitorang ke COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILL..

Sedikit info pasal COLMAR TROPICALE..terletak di Bukit Tinggi, Pahang dan berada diketinggian 2500 kaki dari paras laut..kawasan peranginan ni adalah replica sebuah kawasan perkampungan di Perancis..untuk masuk pula, bayaran dikenakan sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak(untuk harga kanak-kanak aku xberapa pasti)..for more detail korang boleh usha kat cni ok..(CLICK)

untuk panduan sesiapa yang xtau macam mane nak ke Bukit Tinggi ni..

ok..gerakan bermula dari KL menuju ke genting dulu..hajat untuk bermalam kat sana tapi just singgah untuk makan malam dan sempat la cuci mata skit..haha..kitorang amik keputusan untuk bermalam kat Genting Sempah sebab masa kitorang sampai Genting pun hampir 2am..

semue wat muke mintak penampor..tido berapa jam je ni oiii..

dah nak sampai..yehaaaa!!!!(dalam hati alex meronta nak g tengok "janda baekkkk"..haha)

time ni btol-btol kat depan pintu masuk..blom sampai lagi..ada 2500 kaki lagi pendakian..ni baru kat kaki bukit..tapi jiwa korang memang kental untuk amik gambar kat cni..syabass!!

haaaa..ni baru la btol2 dah sampai..RM12 untuk sekali masuk..ok wat..
kawasan ni memang sejuk..walaupun xla sesejuk Genting atau Cameron..tapi sejuk la gak..

depan pintu masuk je dah nampak jam ni..classic beb..

kalau dah bawa artis..memang gambar die jela yang ade..wtf..

pandangan dari atas..

lepas je abis tawaf kat Colmar..kitorang menuju ke destinasi yang seterusnye..Japanese Village dan Botanical Garden..untuk ketempat ni perlu naik kenderaan yang dah disediakan..naik je..xyah bayar apa-apa..tapi diorang xhantar terus ke village tu..tapi korang perlu berjalan kaki skit la untuk sampai ke sana (sikit pun semput gak la mendaki)..haha

umah orang jepun..lekkk luuuu..minummm luuuuuuuu...

selepas abis melawat ketiga-tiga tempat tu maka tamat la sesi lawatan sambil belajar ke COLMAR TROPICALE,BERJAYA HILL..banyak lagi gambar-gambar yang menarik..tapi limited edition la kan..haha kalau korang nak amik gambar @ photographer kat luar sana..bawa senjata korang..terjah tempat ni..memang baekkk..

owh..sebelum terlupe..xsah la kan kalau xbeli souvenir..selalu aku beli keychain je..tapi kali ni aku beli t-shirt..ni bukan sebarang t-shirt ok..kalau tempat yang terlindung matahari t-shirt ni nampak macam t-shirt biase je..tapi kalau terkena sinaran matahari..berwarna-warni t-shirt kami..limited ok..RM45 je..yehaaaaa!!!..



p/s : balik je bercuti dapat keychain dari Paris..macam tau-tau je..hehe
p/s/s : 1st projek untuk tahun ni dah terlaksana..akan menyusul BACKPACKERS ke Utara dan TRECKING ke Taman Negara..get ready guys..
p/s/s/s : kempunan untuk wat photoshot kat Broga Hill..demmm!!!

01 March 2011

SOUVENIR DARI PARIS

Hye guys..di hari selasa yang indah di JB ni aku nak share ngan korang pasal satu bende ni..patutnye ni entry aku untuk ari jumaat minggu lepas..tapi sibuk punye pasal skang baru aku dapat wat entry ni..tapi korang baca tajuk pun korang dah tau kan..hahaha..

Ok..malas melalut sangat..nak dipendekkan cerite..minggu lepas sorang dak opis aku ni baru balik dari Paris..huh!!.Paris ok..kalau yang xtau Paris tu kat ne korang g la tanye uncle Google tu..FOC je..macam biase la kalau dah pergi jenjalan kat negara orang tu mesti la ade beli souvenir untuk orang kampung kan..


jeng3..haha..ni la bende nye..keychain EIFFEL TOWER!!!..


p/s : kwn aku kate "poye je..bende tu pun nak masuk dalam blog"..
p/s/s : selambe aku membalas "bio le ak poyo..ko ade ke?????????????"..haha
p/s/s/s: next entry aku akan update pasal percutian aku ke COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILL..yehaaaaa!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...