15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

..Seperti yang korang sedia maklum..hari ni 15hb Feb bersamaan 12 Rabi'ul Awal adalah hari yang bersejarah bagi semua umat islam kerana hari ini adalah hari Keputeraan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..semoga dengan sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..kita umat islam sentiasa bersatu padu diseluruh dunia dan meneruskan perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; "Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang terbaik akhlaknya." (Riwayat Bukhari)

..Oleh itu sempena Maulidur Rasul ni marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.kita.sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w...malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat..perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad : Riwayat Ad-Dailami :

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti..kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini..rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga..oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk mambantu kita di ahirat kelak..insyaAllah..


p/s : semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam..^^

p/s/s : petikan diatas diambil dari SELAWAT..renung-renungkan dan selamat beramal..^^

2 comments:

iKa iVy said...
This comment has been removed by the author.
N A N a t O said...

Salam MAulidur Rasul acong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...