06 August 2010

Mencari cinta..??????

Salam kepada semua..
Aku nak share ngan korang cite yang agak best la..walaupun agak jiwa2 tapi sangat memberi pengajaran..lagi2 untuk orang2 yang tengah syokkk bercinta..hehe

Ok..once upon a time...oppssss..i sound silly when i speak english..ahaksss..

Pada suatu hari di sekolah..seorang murid bertanya kepada gurunya..Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang..

Murid: cikgu..macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??

Cikgu:
ok..kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali..dan petik rumput yang PALING cantik..bawa ke kelas..

Apabila murid tersebut pulang ke kelas..tiada sehelai pun rumput ditangannya..

Cikgu: kenapa tiada rumput yang kamu pilih??

Murid:
tadi semasa saya berjalan..saya carilah rumput yang paling..memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik rumput yang paling cantik..maka saya pun terus berjalan mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..tapi sampai dipenghujung padang..saya tak jumpa pun yang paling cantik..mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi cikgu dah cakap saya tak boleh menoleh kebelakang semula..jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

Cikgu:
ya..itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang..janganlah kita mencarilagi yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang..kita patut hargai oang yang berada didepan kita sebaik-baiknya..jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku..semoga yang berlalu tidak berulang lagi..dan ingatlah orang yang palig kita sayang itulah yang paling cantik dan yang terbaik..walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..





..SEKIAN..








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...