04 August 2010

Ramadhan datang lagi..

..Salam kpd semua..
..Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..lebih kurang 10 hari lagi kot..insyaAllah..
..Mungkin kalau ditanya apa persiapan korang untuk menyambut bulan syawal..mesti 15 muka surat pun korang leh jawap..
..Tapi..kalau ditanya apa persiapan korang untuk menyambut bulan Ramadhan ni macam mana plak???hehehe

"Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.."

Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan:

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;

1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.



..untuk korang mengetahui dengan lebih lanjut lagi korang klik la USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL sebab aku pn COPY PASTE dari blog beliau..hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...