09 August 2010

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Salam kepada semua..
Disebabkan tinggal beberapa hari je lagi kita semua umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan..semakin xsabar nak berpuasa ni..so..mesti ramai yang terkebil-kebil nak ingat lafaz niat puasa dengan doa berbuka..yelaaa..setahun sekali la katenye..haaaa..kat sini la aku nak share ngan korang lafaz niat puasa sebulan, lafaz niat puasa hari-hari, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa..so sape2 yang blom tau kan dah tau..sama2 dapat pahala..insyaAllah..


Lafaz Niat Puasa untuk Sebulan


"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta''ala"

Lafaz Niat Puasa Harian


"Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta"ala"

Doa Berbuka Puasa


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai maha pengasih dan penyayang"

Doa Selepas Berbuka Puasa


"Ya Allah..kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat..Ya Allah..aku minta diampuni segala dosa aku dengan rahmat Engkau meliputi segala sesuatu"





p/s: semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas dan moga dipermudahkan segala urusan khususnya solat tarawih..Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...