31 August 2010

Step-Up 3-D...MUST WATCH..!!!!!!!

Haallluuuu Readers..Salam Ramadhan..Salam Kemerdekaan..Salam 1 Malaysia..

Lately ni aku mmg busy gile..baru ni sempat jengah blog aku ni..hurrmmm...tanpa kite sedar dah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..apa erti kemerdekaan pada korang???..biarlah erti kemerdekaan tu kita hayati dengan penuh kesyukuran..bersyukur sebab negara kite masih aman damai berbanding negara2 lain..aku bangga menjadi anak Malaysia..aku bangga dengan apa yang telah negara kite kecapi selama ini..MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!


Ok..malam merdeka ni aku dengan housemate aku pegi layan movie STEP-UP 3D..bagi aku cite ni memang awesome!!!!!..cite ni memang yang terbaik kalau dibandingkan dengan 2 cite yg sebelum ni..walaupun bagi aku lakonan diorang agak xberape nak best, tapi kelemahan tu ditutupi dengan aksi@koreografi tarian diorang yang sangat memukau jiwa dan raga..hahahaha..cite ni mengisahkan tentang kisah kumpulan penari jalanan iaitu seorang pelajar baru NYU yang bernama Moose (Adam Sevani), Luke (Rick Malambri) dan Natalie (Sharni Vinson) yang bersama-sama rakan-rakan mereka yang lain memasuki pertandingan tarian peringkat antarabangsa..mereka memasuki pertandingan itu demi untuk menyelamatkan rumah mereka,The Vault yang telah dilelong dan juga untuk mengejar impian diorang..haaa..nak tau selanjutnye???..korang pegi la tengok sendiri yee..aku jamin korang mesti sangat berpuas hati dengan cite ni..bak kate orang..BERBALOI-BALOI..hehe~




dari skala 10..aku bagi 7.5 untuk lakonan dan 9.5 untuk koreografi tarian yang superb~


p/s: paling best tarian robot..memang steady la mamat tu..hahahaha

22 August 2010

Salleh Gregor Samsa wat hal pulak..WTFishh..

Halluuu Readers.. Salam Ramadhan..

Aku rase mesti ramai blogger or sesiape pun mesti dah tau pasal makhluk bernama Salleh Gregor Samsa ni kan.. Kalau dulu si minah yang hina Johor pasal biscuit Famous Emos ni.. Aku xsangka plak ada lagi makhluk yang menggunakan laman sosial spt Facebook ntuk meluahkan perasaan tanpa mengira akibatnya.. Aku malas nak cerite banyak pasal makhluk yang bernama Salleh Gregor Samsa ni.. Sayu,sedih,geram pun ada mase aku bace status beliau ni.. Mungkin x diberi didikan agama yang secukupnya.. Cume aku harap beliau dan rakan2 beliau diberi hidayah petunjuk ke jalan yang benar dan diberkati Allah sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni.. Amin..



click utk lebih jelas


p/s: korang bleh search je name makhluk ni kalau nak tau lebih lanjut pasal makhluk ni sebab aku rase ramai dah blogger wat entry psl die ni.. memang paling FEYMES la die di bulan Ramadhan ni..

21 August 2010

Cerite Seram..Kisah BENAR!!!!

Haalluuuuu Readers..Salam Ramadhan..

Di bulan puase yang mulia ni aku nak share ngan korang pasal 1 cite hantu yang seramm gile babenggg ni.. Setiap orang pasti ada pengalaman yang menakutkan kan??..Tapi bukan aku la yang melalui kejadian yang sangat tak best ni.. Tapi kat sorang kawan aku ni.. Cite ni memang betol2 terjadi kat kawan aku sorang ni.. Kisah cerita seram beliau bermula begini..... hurrmmmm... ishhhh..baru intro pun aku dah seram sejuk dah ni...


Korang CLICK la kat JALANJATUH: SERAMMM BANGAT!!!! untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cite seram yang di alami beliau.. seram plak aku nak cite..

AMARAN KERAS: SAPE2 YANG ADA LEMAH JANTUNG ATAU IBU2 YG MENGANDUNG DIHARAP BERHATI2 MEMBACA ENTRY YG SERAMM NI..


p/s: jangan biarkan hidup anda di selubungi MISTERIIIIIII..

18 August 2010

Ska-P INTIFADA

Haallluuuuu readers..Salam Ramadhan..
Entry kali ni aku nak share ngan korang pasal 1 band SKA dr Spain ni..
Nama band diorang SKA-P.. Tapi bukan pasal band ni yang aku nak cite.. Tetapi pasal 1 lagu diorang yang bertajuk INTIFADA.. kalau aku x silap lagu ni bukanlah mengenai ISLAM tetapi mengenai kebebasan PALESTIN.. tapi disebabkan lirik lagu ni dalam bahasa Spain dan setelah aku cube translate ke English rase mcm mengelirukan gak..kene amik class bahasa Spain la nmpaknye..hahaha..Apa2 pun korang try la layan lagu dari Ska-P INTIFADA ni n aku sertakan sekali ngan lirik.. memang fuuhhhhhh!!!!!!

Ska-P INTIFADA lyrics



Seis miliones de judios aniquilados de la forma mas cruel.
Un genocido imperialista por ejercitos fascistas, de la historia hay que aprender.
Las victimas se han convertido en los verdugos se vuelven del reves,
clonizando territorios Palestinos, de nuevo atentando a la sensatez.

Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Israel
Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Yavé

Que harias tu si te echaran de tu casa sin derecho a rechistar
Pisoteando tu cultura, sumergido en la locura por perder la dignidad.
Palestina esta sufriendo en el exilio la opulencia de Israel
por un govierno prepotente, preparado para la guerra, por tu ya sabes quien.

Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Israel
Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Yavé

Piedras contra balas una nueva intifada en Cisjordania, en Gaza o en Jerusalem.

Ohh, quién podria imaginar oh...
que David fuese Goliath (2x)

Ohh Intifada, Intifada
Ohh Intifada, liberación!

No confundas mi postura, soy ateo y no creo en ningun dios,
no diferencio a las personas por su raza, su cultura o su mierda de religion!
Solo condeno el sufrimiento, la injustia y el abuso de poder
Palestina es sometida a la mas terca de las guerras, la opulencia de Israel.

Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Israel
Muertos, muertos!!! ¿En nombre de quién?
Muertos, muertos!!! De Yavé

Piedras contra balas una nueva intifada en Cisjordania, en Gaza o en Jerusalem

Ohh, quién podria imaginar oh...
que David fuese Goliath (4x)

Ohh Intifada, intifada
Ohh Intifada, liberación! (2x)


p/s: Free for Palastine..

14 August 2010

EPL 2010/2011 Bermula

Haallluuuuu Readers..Salam Ramadhan..

World Cup dah lama berlalu..Hari ini (14/08/2010) bermulanya semula Liga Perdana Inggeris musim baru di mana permulaan musim sudah dimulakan oleh Chelsea dan Manchester United yang berkesudahan United menang ke atas Chlesea 3-1 dalam FA Community Shield..

Dan seperti biasa team pilihan aku seperti yang lepas2-Gunners..Walaupun musim lepas diorang kempunan nak merase pegang piala (tempat ke3) aku harap pada musim ni Gunners akan lebih menyinar dengan kehadiran pemain tengah yang juga kapten pasukan Cesc Fabregas (Barca kempunan..haha) dan juga kehadiran 2 pemain baru dari Perancis Koscielny dan Chamakh..Gunners akan berdepan dengan musuh tradisi-Liverpool pada ahad ni (15/08/2010)...Jangan x meletopp plak meriam korang yee..Go Gunners..Yeahhh!!!!


FOREVER GUNNERS..TOGETHER WE STAND

11 August 2010

Blackberry akan diharamkan di Malaysia..??


..Halluuuuu..Salam Ramadhan utk semua..

Haaa..korang mesti dah tau kan pasal hp canggih Blackberry.. n korang pun mesti ada yang dah tau pasal pengharaman penggunaan Blackberry di Arab Saudi dan UAE..
Dan aku pn rase mesti rmai yang dah tau pasal penggunaan Blackberry di Malaysia juga akan diharamkan..alasannya penggunaan Blackberry ni mungkin akan mengancam keselamatan negara dan pihak kerajaan sedang mengumpul maklumat terperinci mengenainya..
Punca isu ni timbul sebab BBM (Blackberry Messenger) terus pada phone n bukan pada service provider..
Huurmm...
Mule2 aku dengar macam nak gelak pn ade..sebab..bagi aku alasan tu macam x logik..canggih gile phone ni..tapi mungkin pihak2 yang berkenaan ada sebab dan bukti yang kuat dan kukuh..apa2 pn kite tunggu la keputusan dari kerajaan sama ada mereka mengharamkan penggunaan Blackberry di Malaysia atau pun tidak..sama2 la kite tunggu ok..


p/s: sekarang ni segalanya dihujung jari..gigit jari la sape2 yang dah ada Blacberry kalau phone ni diharamkan..

10 August 2010

Salam Ramadhan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir..
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu..
Mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu..
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu..
Solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'..
Tubuh dan qalbu...
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji..
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui..
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah..
Berusaha...Bersedia ...Meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat aku..
Aku pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah..


..apa aku nak sahur esok ek..roti bakar ok kot..hehe..SELAMAT BERPUASA UNTUK semua..

09 August 2010

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Salam kepada semua..
Disebabkan tinggal beberapa hari je lagi kita semua umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan..semakin xsabar nak berpuasa ni..so..mesti ramai yang terkebil-kebil nak ingat lafaz niat puasa dengan doa berbuka..yelaaa..setahun sekali la katenye..haaaa..kat sini la aku nak share ngan korang lafaz niat puasa sebulan, lafaz niat puasa hari-hari, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa..so sape2 yang blom tau kan dah tau..sama2 dapat pahala..insyaAllah..


Lafaz Niat Puasa untuk Sebulan


"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta''ala"

Lafaz Niat Puasa Harian


"Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta"ala"

Doa Berbuka Puasa


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai maha pengasih dan penyayang"

Doa Selepas Berbuka Puasa


"Ya Allah..kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat..Ya Allah..aku minta diampuni segala dosa aku dengan rahmat Engkau meliputi segala sesuatu"





p/s: semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas dan moga dipermudahkan segala urusan khususnya solat tarawih..Amin..

07 August 2010

Sebab biskut ko hina Johor?? WTFishhhh..


..Hina JOHOR sebab xde jual biskut Famous Amos????
..what the fishhh..bak kata pepatah orang dulu2.."terlajak perahu boleh di undur..tapi terlajak kata???..ko telan la makian orang kat ko.."
..bagi aku sangat BODOHH kot bagi seseorang perempuan dewasa dan BERTUDUNG tapi mulut cam loji kumbahan..hissshhhh..
..tapi minah tu mcm dah mintak maaf..tapi terpulanglah pada rakyat Johor ni nak maafkan atau tidak penghinaan yang telah dibuat oleh minah tu..huurrrmmm..


p/s : aku bangga menjadi anak jati Johor..yeahhhh..

06 August 2010

Mencari cinta..??????

Salam kepada semua..
Aku nak share ngan korang cite yang agak best la..walaupun agak jiwa2 tapi sangat memberi pengajaran..lagi2 untuk orang2 yang tengah syokkk bercinta..hehe

Ok..once upon a time...oppssss..i sound silly when i speak english..ahaksss..

Pada suatu hari di sekolah..seorang murid bertanya kepada gurunya..Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang..

Murid: cikgu..macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??

Cikgu:
ok..kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali..dan petik rumput yang PALING cantik..bawa ke kelas..

Apabila murid tersebut pulang ke kelas..tiada sehelai pun rumput ditangannya..

Cikgu: kenapa tiada rumput yang kamu pilih??

Murid:
tadi semasa saya berjalan..saya carilah rumput yang paling..memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik rumput yang paling cantik..maka saya pun terus berjalan mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..tapi sampai dipenghujung padang..saya tak jumpa pun yang paling cantik..mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik tapi cikgu dah cakap saya tak boleh menoleh kebelakang semula..jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

Cikgu:
ya..itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang..janganlah kita mencarilagi yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang..kita patut hargai oang yang berada didepan kita sebaik-baiknya..jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku..semoga yang berlalu tidak berulang lagi..dan ingatlah orang yang palig kita sayang itulah yang paling cantik dan yang terbaik..walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..





..SEKIAN..








04 August 2010

Ramadhan datang lagi..

..Salam kpd semua..
..Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..lebih kurang 10 hari lagi kot..insyaAllah..
..Mungkin kalau ditanya apa persiapan korang untuk menyambut bulan syawal..mesti 15 muka surat pun korang leh jawap..
..Tapi..kalau ditanya apa persiapan korang untuk menyambut bulan Ramadhan ni macam mana plak???hehehe

"Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.."

Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan:

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;

1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.



..untuk korang mengetahui dengan lebih lanjut lagi korang klik la USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL sebab aku pn COPY PASTE dari blog beliau..hehehe

30 minit

..dah dekat setengah jam aku mengadap laptop ni..dengan jemari di keyboard..xtau nak watpe..nak cerite apa..x terkeluar segala ayat untuk menaip..xjumpa kot idea nak update entry baru..so..biarla aku sendiri pendam dalam hati diam-diam..
..tapi..kebosanan melanda dah ni..nak editing pic masa g PD weekend lepas terasa malas..otak aku x bleh berfungsi dengan btol sejak akhir2 ni..so..biarla pic tu dok diam-diam pc tu..
..tapi..aku kene gak wat sesuatu..nak men gitar???? dah berhabuk aku rase gitar aku tu..jemari aku pun dah kaku nak memetik tali gitar tu..so..biarla gitar tu bersendiri bersama segala habuk debu..malas lagi..
..ya!!!(seperti ada mentol menyala atas kepala)..aku memerlukan sesuatu..mungkin..mungkin seseorang..untuk aku jadikan semangat..ilham..sumber idea yang melimpah-limpah..
..sayangnya..sayangnya..aku x ada itu sekarang..yang ada hanyalah sekeping skrin dan keyboard yang aku sendiri pun xtau nak wat apa..

..SIGH..............................................................................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...