18 July 2010

Tips memelihara Hamster..^^

  • Hallluuuu..
  • Urmmm agak lama aku x update blog ni..hehe
  • Been busy kot lately ni..
  • Macam2 perkara yang berlaku sejak2 akhir2 ni..
  • Tapi yang paling memberi kesan kat aku adalah Hamster aku yang gemokkk tu sudah mati..
  • Sob..Sob..Sob..(T_T)
  • Rasa bersalah gak sebab Hamster tu pemberian orang(mak Eddyzulham)setahun yang lepas..
  • Minta maaf sangat2 sebab xjaga hamster makcik dengan baik..(T_T)
  • Punca kematian dikenalpasti disebabkan OBESITI..hahahahaha
  • Ok..disebabkan kematian Hamster aku tu aku tergerak nak berkongsi tips2 menjaga haiwan peliharaan dengan baik terutama Hamster..


1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya...ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru...walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak.

Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka)..jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal

Ok..yang ni paling penting..sebab ia memainkan peranan yang paling besar dalam memastikan Hamster kita dalam keadaan yang selesa dan sihat..tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman...jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan Minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus...sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak...pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.

Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan

Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda...bau ini datangnya sama ada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama..jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu...anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

Ok..kesimpulannya memelihara Hamster ni tidak la sukar seperti yang digambarkan..cuma kita kenalah rajin...lagi pun x mahal..


ni la si Gemokk yang dalam kenangan..


p/s: mood nak bela rabbit plak la pasni..hehehehe

1 comment:

ArjunA said...

ko bela awek(S) je la cong
senang(kot) nak jaga
hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...