25 July 2010

REVIEW : Mantra

Halluuuuuuu...Salam kepada semua..[^^]..
Untuk entry baru ni aku nak cerita ckit pasal filem Mantra..Baru-baru ni aku ada pergi tengok cerita Mantra ni..Memang dah lama aku tunggu cerita ni keluar..Walaupun aku bukanlah peminat cerita melayu..sori yee..hehe..Tapi cerita ni macam lain ckit..Dengar tajuk die pun dah buat aku xsabar nak tengok cerita ni...hehe..Mungkin disebabkan cerita ni lain dari cerita-cerita seram yang sebelum ni dan mungkin juga sebab ia menceritakan tentang ilmu hitam..

Sinopsis Mantra:

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
Bagaimanakah kesudahannya, korang tengok lah sendiri kat panggung yee..memang FUHHHHH!!!


Personally:
Bagi movie Mantra ni, aku kasi 8/10 sebab jalan cerita dia memang best..Walaupun ada yang kata biasa2 je cerita ni..Lain orang lain pendapatkan..Dan aku rasa tidak adil kot kalau filem ni dibanding-bandingkan dengan filem-filem lain seram lain..Peace..^^

2 comments:

~sweEt_c0mey~ said...

macam seram giler je pakcik..huhu

AcongEduardo said...

bleh laa..tp hantu die xdela menakutkan sgt pn..hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...