07 January 2012

NEW UPCOMING MOVIES 2012

Hello readers..

Entry aku kali ni khas untuk kaki-kaki wayang macam aku..hehehe..meh aku senaraikan list-list movie yang owesome and superb sepanjang 2012 ni untuk korang..hoyeahhhh!!
















02 January 2012

THE BEST FACEBOOK TIMELINE COVER

Lagi sekali layout facebook telah berubah..sekarang ni diorang dah upgrade facebook diorang dengan TIMELINE..banyak komen-komen negatif pasal timeline ni sebab merumitkan dan mengkusutkan..tapi dalam banyak komen-komen negatif ramai gak yang dah tukar ke timeline..layout baru facebook ni lebih kepada layout blog sebab ada 'cover picture'..so kat bawah ni antara cover picture timeline yang paling owesome!!!!


p/s : jangan takut hendak mencuba benda baru..:)

THE WORLD'S LARGEST SALT FLAT

Hye guys..

Aku baru je layan movie The Worlds Fastest Indian yang dilakonkan oleh Anthony Hopkins..filem ni juga berdasarkan kisah benar yang menceritakan tentang seorang pakcik rempit yang memang steady..so dalam filem ni pakcik rempit ni race dekat satu kawasan yang dikelilingi garam..dari situ aku tergerak ar nak google pasal tempat ni..


..very inspiring movie!!!

So kali ni aku nak share dengan korang pasal satu tempat yang sangat cantik..sumpah cantik walaupun aku tak pernah pergi tempat tu..bagi aku this place is one of the most exotic place sceneries on earth..nama tempat ni adalah Salar De Uyuni yang terletak di Bolovia Selatan Amerika...tempat ini merupakan lapangan garam semulajadi yang terbesar didunia..Ketika musim panas kawasan ni merupakan kawasan yang teramat kering tetapi..bila tiba musim sejuk kawasan ini akan dilitupi dengan lapisan air yang nipis dan menjadikan ianya seperti cermin apabila terkena sinaran matahari..jom layan gambar-gambar yang aku amik dari pakcik google..









*during the rainy season..the water turns it into the worlds largest mirror..the reflection of the sky creates a sense of infinity..like youre walking among the clouds..it is called the border between heaven and earth..

p/s : kekuasaan Allah tiada batasnya..

25 December 2011

Restaurant Murni Discovery-USJ 9 Subang Jaya

Assalamualaikum..

Masih dalam mood nak buat entry pasal tempat makan lagi..kali ni aku nak review satu tempat makan dekat area Subang Jaya..Restaurant USJ Murni..masa ni kitorang baru balik dari event Kukubesi kat galeri Shah Alam..so sebelum balik JB mesti la penuhkan perut dulu la kan..so one of my friend suggest this amazing restaurant..

Restaurant ni menyediakan berbagai jenis makanan..from local to western foods..lagi satu some of the dishes is a blend of local and western food..so its quite unique here..harga pun ok la..berpatutan dengan makanan dan service diorang yang bagi..tak perlu tunggu lama sangat even restaurant ni sentiasa penuh and senang nak dapat waiter/waitress's attention..deco restaurant ni pun ok laa..selesa..and one more thing..they take order using PDA..thats the coolest thing in this restaurant..demmmmm!!

The food is nice..bagi aku sedap hingga menjilat pinggan..aku pun dah lupe apa nama makanan yang kami pilih..tapi pilihan untuk air minuman sangat rambang mata..dari mocktail smpai la ke air suam..it took us a while to decide on what to choose..you guys should try this restaurant..sedap..













20 December 2011

IT ROO CAFE, JLN DHOBI, JB

Salam semua!!!!

Kali ni aku nak review satu cafe yang best kat Jalan Dhobi, JB..bagi yang memang stay dala radius JB ni aku rase mesti dah familiar dengan Jalan Dhobi..dan aku rase mesti gak ramai yang dah tau pasal IT ROO CAFE..so malam tadi aku dengan mikael membawa perut yang kosong dalam keadaan hujan menerjah cafe ni..lokasi cafe ni tak susah..berada di lot tepi dan berhadapan dengan The Scandalist ..

Cafe ni menyediakan makanan-makanan barat..makanan cina dan juga tempatan..tapi apa yang killer kat cafe ni adalah ChikenChop die..korang boleh pilih nak sos black pepper atau pun sos mushroom..aku pilih sos mushroom malam tu sebab sos black pepper aku rase macam dah biase sangat..

 ChickenChop die memang SUPERBBBB..berbaloi dengan harga die..aku tak tipu..korang boleh datang try sendiri..then deco cafe ni pun sangat santai dengan konsep yang simple ala-ala retro dengan old photo and poster hanging on the wall...memang santai ar lepak kat cafe ni walaupun cafe ni takde la besar sangat..hilang stresss keje weiii..


...redah hujan untuk sampai ke cafe ni..berbaloi..

mushroom souce pilihan aku dan black pepper souce pilihan mikael..
THE BEST CHICKENCHOP IN TOWN..


p/s/s : kepada yg berkenaan..lepas ni kita terjah Restorant Sekinchan Ikan Bakar pulakk..

18 December 2011

KATSARIDAPHOBIA

Assalamualaikum,

Bagi seseorang lipas is their worst nightmare..ada juga yang rather die than being touched by one of those "cute little things".. National Geographic menamakan fobia terhadap lipas sebagai "Katsaridaphobia".. kaum lelaki juga tak terkecuali mempunyai Katsaridaphobia..sebenarnya fobia terhadap lipas ni adalah benda yang common diseluruh dunia ni..tiada apa yang perlu dimalukan..aku google tips untuk menghilangkan atau mengurangkan perasaan takut terhadap lipas ni..tapi tak jumpa..korang tau tak?? share dengan aku..




Tak sangka lipas-lipas ni adalah makhluk yang awesome!!!!

p/s : entry ni aku buat untuk seseorang tu yang takut lipasss..wakakaka
p/s/s : aku geli dengan ular@cicak@kumbang..

13 December 2011

TAKE CARE~JAGA DIRI

Kiranya sudah berjuta kali sepanjang aku hidup selama 24 tahun ni..aku mendengar ayat "Jaga Diri" atau pun "Take Care"..tapi yang benar-benar aku mahu bertanya tapi tidak tahu mahu bertanya pada siapa..mungkin utamanya aku bertanya pada diri sendiri..

Apakah kita pandai dan mampu menjaga diri..?????

Yang paling menjadi persoalannya..jaga dari apa..????



p/s : jaga diri~

09 December 2011

LEGOLAND MALAYSIA AKAN DIBUKA 2012

Assalamualaikum

Entry aku yang sebelum aku menceritakan pasal
JOHOR PREMIUM OUTLET..so sekarang ni aku nak share something yang best akan berlaku kat Johor pada tahun depan..mungkin ramai yang dah tahu Legoland akan menjadi taman tema terbesar di Malaysia yang akan dibangunkan di Nusajaya Johor..

Finally the word is out..Legoland Malaysia telah pun mengumumkan ia akan dibuka untuk orang ramai dpada penghujung tahun 2012 dengan mensasarkan sejuta pengujung pada tahun pertama ia dibuka..untuk pengetahuan semua taman tema ini adalah yang pertama di Asia dan yang ke-6 didunia selepas Amerika, Denmark, England dan German..

Selain itu penjualan pas tahunan pra-pembukaan juga sudah mula dibuka dan ianya akan mula dijual untuk satu tempoh terhad pada harga RM195 untuk dewasa dan RM140-RM110 untuk kanak-kanak dimana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak...

Pembinaan Legoland Malaysia ini dijangka akan memberikan impak yang bes
ar kepada negara terutama untuk Johorian..i wish Johor be the best state in Malaysia for years to come..



p/s : dengar-dengar lepas Legoland ni akan ada Pinewood Studio plak..

06 December 2011

JOHOR PREMIUM OUTLET

Hye guys..aku just nak share perkara yang tengah panas diperkatakan di Johor ni especially kat area JB ni..semua orang dok heboh pasal JOHOR PREMIUM OUTLET..


JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO) adalah tempat dimana 80 brand outlet stores yang memberikan penjimatan sebanyak 25% hingga ke 65% setiap hari.. CK.. Adidas.. Armani.. Burberry.. Canali.. Coach.. Ermenegildo Zegna.. Gap.. Guess.. Lacoste.. Michael Kors.. Nike.. Oroton.. Ralph Lauren.. Salvatore Ferragamo and more..

JPO ni start buka masa 1 december dan kalau xsilap aku 11 december ni kan dirasmikan oleh PM kita YAB Dato Seri Najib..Aku suka tempat ni sebab die wat open-air concept dan macam ada sikit arabic style..memang nice la..lagi satu kalau korang nak datang JPO ni kena bawa duit banyak-banyak atau pun kredit card lebih-lebih sikit sebab mmg tempat ni untuk buang duit..hahaha..

Cara paling mudah nak ke tempat ni adalah melalui highway PLUS dan korang exit kat tol senai..dari situ korang dah nampak tempat tu..mudah dan tak stuck in traffic jam..


p/s : jumpa korang kat rock the world 11..

29 November 2011

What u Text vs What i See

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...